<body>






Selasa 8:55 PTG


Assalamualaikum wbt.

Hati aku bercelaru . Jiwa aku resah . Kegembiraan di hati ini makin pudar . Ya Allah, kenapa hati aku perlu menanggung penderitaan ini . Kenapa makin hari ramai orang tidak peduli akan hati aku yang menangis, yang rayukan senyuman dan kegembiraan ? Dekat sekolah mereka yang sentiasa menaburkan senyuman dan kata-kata manis sudah pun lekang dari muka, jiwa, dan hati mereka terhadap aku . Apa salah aku ? Adakah diri aku terlalu keji, hina dan meluat pada pandangan mereka ? Apa salah aku sampai mereka jadi begini ? What wrong with me ? Thats annoying me  :’(

Sampai hari ini, masih aku tidak jumpa orang yang faham diri aku . Habib ? Ya ! Kecuali Habib . Dia lah insan pertama yang hadir membawa kegembiraan untuk mengubat segala luka pada hati ini .  membawa kata-kata indah atau nasihat untuk dijadikan pedoman hidup supaya dapat mempertahankan hati ini daripada mati . Dia lah yang mengajar aku betapa indahnya hidup dan mengajar aku menjadi seorang yang lebih tabah dan berani . Sentiasa ada kesabaran di jiwa untuk mengelakkan aku daripada bertindak dengan cara yang salah .

Jika dia tidak muncul dalam hidup aku, mungkin jiwa aku akan mati dan menjadi seorang wanita yang mempunyai hati yang liar yang sukar untuk dijinakkan . Tapi, apakan daya kata-kata nasihat “Jodoh ajal maut di tangan tuhan” Habib pergi meninggalkan aku dengan keadaanku yang masih terpangu-pangu untuk mengetahui apa yang menyebabkan hidup ini indah . Habib sudah tiada lagi . Aku redha dengan pemergiannya . Aku akan cuba menjadi insan yang dia inginkan pada diri aku .

 ‘Terima kasih Habib kerana kau menyelamatkan jiwa aku daripada mati’

Semua orang inginkan kegembiraan, tiada seorang pon yang inginkan kesakitan”
“Tapi ingatlah, pelangi takkan muncul jika tiadanya hujan”

Mungkin kesedihan yang aku alami ini hanya sementara . Aku yakin sangat tuhan akan berikan kegembiraan dan kebahagiaan kepada diri aku di hujung perjalanan kesedihan ini . InsyaAllah ianya pasti berlaku kerana tiada istilah mustahil dalam dunia ini . Kerana Allah itu ada :’) Walaupun mereka di sekolah membenci aku, tapi aku tak pernah membalas kebencian mereka . Aku hanya mampu mendoakan agar tuhan mengubat hati mereka menjadi lebih baik dari apa yang mereka rasakan sekarang . Keluarga pula, walaupun mereka kekadang sakitkan hati aku tapi aku redha je disakiti . kerana Habib kata “keluarga lebih penting dari Habib tau Naili” ingat kata-kata dia . Tapi sekarang dia dah takda so ayat yang sesuai “keluarga lebih penting dari boyfriend” :)

Aku harap, mulai saat ini, detik ini, aku akan teruskan hidup dengan hati yang tabah . Supaya orang yang terdekat dengan aku akan berasa senang melihat aku bahagia . Actually awak sayang . Saya akan sentiasa happykan awak, dan saya cuba dan berusaha supaya saya boleh bahagiakan awak, menjaga hati awak seperti mana awak lakukan pada saya . Thanks awak kerana menggantikan tempat Habib dan sentiasa menemani saya . Aku  Sayang kau Amar J
So, ini je entry untuk hari ni . Sekian Assalamualaikum :’)








Label: ,



« »